Anda tahu ke-ghisau-an, kegelisahan atau anxiety adalah salah satu masalah kesihatan mental. Dan anda tahu gejalanya adalah pemikiran yang terganggu. Namun tahukah anda, kerisauan boleh menyebabkan gejala fizikal?
Gejala seperti sembelit, berdebar, nafas yng laju.
Kebanyakannya tidak ramai tahu mereka mempunyai masalah anxiety sehingga berjumpa dengan doktor. Mereka menganggap gejala ini semuanya disebabkan masalah perubatan yang lain seperti masalah jantung, usus, dll.
Kami share beberapa gejala kerisauan yang berbentuk dizahirkan dalam bentuk fizikal. Jika anda ada gejala-gejala ini, mungkin boleh rujuk dengan doktor anda untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan.
Semoga bermanfaat
Sumber : https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/photos/a.1715215348768330/3087988494824335/
Berani betul korang beli dan pakai kanta lekap murahan yang di jual dalam talian, di pasar malam dan butik kecantikan.
Malaysian Optical Council melaporkan,hampir setiap bulan pasti ada kes kebutaan melibatkan komplikasi akibat penggunaan kanta lekap.
Siapa mangsanya? Sudah tentu anak gadis muda yang memasang angan angan memiliki anak mata kebiruan.. tanpa memikirkan komplikasi dan kesan akibat penggunaannya.
Produk kanta sentuh murahan ini tidak diketahui sumber dan kualiti penghasilannya. Ada yang dihasilkan tanpa pemantauan kualiti yang menyebabkan permukaannya tidak sekata.
Ini boleh menyebabkan pemukaan mata tercalar. Kuman akan masuk ke permukaan mata yang tercalar dan menyebabkan ulser.
.
Semua penggunaan kanta lekap perlu dipantau oleh ahli optometrist yang berdaftar. Walaupun kanta lekap tidak mempunyai βpowerβ, mereka perlu lakukan pemeriksaan untuk mengetahui kesesuaian mata dan produk untum penggunaan yang selamat.
Kenapa penggunaan kanta lekap begitu dikawal rapi?
Kenapa mata dan penglihatan sangat berharga, tidak terbanding dengan kanta murahan kebiruan itu
sumber :https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/photos/a.1715215348768330/2975069836116202/