Jika anda alami sebarang kecederaan melibatkan tisu dan sendi (terseliuh) , kalau boleh, elakkan ;

✔️ Mengurut terlalu awal
✔️ Menyapu minyak panas

Ia akan akibatkan radang menjadi bertambah serius dan semakin sakit. Sekaligus memperlahankan proses penyembuhan.

Langkah yang disarankan adalah dengan.

1. Berehat
Kurangkan pergerakan dan beban pada kecederaan

2. Ais batu
Tuam dengan ais batu selama 20 minit, kemudian berehat. Lakukan rutin ini setiap jam dalam tempoh 48 jam. Ia dapat mengurangkan radang dan kesakitan. Tetapi elakkan meletakkan ais secara berterusan, ia akan menggangu peredaran darah dan boleh akibatkan frostbite

3. Compress atau balut.
Balut secara ringan dengan kain bandage yang elastik. Jangan terlalu ketat

4. Tinggikan bahagian yang tercedera dengan letakkan ditempat yang lebih tinggi seperti atas kerusi dan timbunan bantal.

Dapatkan pemeriksaan lanjut jika kesakitan semakin serius

Sumber : Facebook

Baru baru ini terlintas video seorang peniga perabot yang sering muncul di newsfeed dengan bonjolan ketara di kelangkangnya.

Ia mungkin adalah angin pasang ataupun inguinal hernia yang merupakan salah satu penyakit yang biasa berlaku dikalangan lelaki. Bengkak itu sebenarnya adalah bahagian lemak atau usus yang terkeluar dari ruang abdomen akibat otot lemah.

Jika bengkak tersebut tidak surut, bertambah besar, menyebabkan kesakitan anda perlu dapatkan pemeriksaan lanjut. Ia boleh jadi bahaya (medical emergency) apabila bahagian bengkak tersebut terjerut dan mungkin memerlukan pembedahan kecemasan

Sumber:Facebook

Sistem kunci keselamatan kanak kanak ini ada di hampir semua kenderaan termasuk kenderaan penumpang 90 an. Ia terletak di pintu belakang kereta.

Apabila ia diaktifkan, pintu belakang hanya boleh dibuka dari luar. Ya, memang leceh sedikit sebab ibu bapa perlu buka pintu dari luar setiap kali anak anak ingin keluar. Tetapi ia adalah lebih baik dari anak tercampak keluar dari kenderaan semasa kenderaan sedang dipandu. Malang tidak berbau, ambil langkah berjaga jaga sebelum kemalangan terjadi

Sumber :Facebook