INDUSTRI KECIL & SEDERHANA (IKS)

Saizai Enterprise (SZE)

Pengenalan

Saizai Enterprise yang dikendalikan oleh Puan Zainab Saidin sebagai pengurus dan En Said Mohamed Dom sebagai pengusaha telah memulakan operasinya sejak tahun 2000 dan dikenali sebagai Zainab Cooking pada mulanya. Setelah 11 tahun berada di dalam dunia masakan, Zainab Cooking telah menawarkan pelbagai jenis masakan dan kuih-muih serta mengambil tempahan untuk catering, kuih-muih, biskut dan sebagainya. Kemudian pada tanggal 29 Oktober 2012, Zainab Cooking telah mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan nombor pendaftaran CA0190021-V dan menukar nama perniagaan sebagai Saizai Enterprise.

SZE adalah sebuah perniagaan yang cenderung kepada bidang masakan. SZE menyediakan kelas masakan coklat serta mengambil tempahan katering nasi dan lauk-pauk, kuih moden dan tradisional, makanan sejuk beku, pelbagai jenis kek, mi kuning buatan sendiri, coklat, pelbagai jenis roti, pelbagai jenis biskut dan hadiah atau hantaran perkahwinan.

Latar Belakang Perniagaan

Nama perniagaan         :           Saizai Enterprise

Pemilik                        :           Zainab Binti Zaidin

Alamat                         :          No.50 Taman Kerambit Jaya,

                                                            Kerambit,

                                                27200 Kuala Lipis,

                                                Pahang.

No. telefon                  :          010 9110637

Kegiatan utama                        :           Mengadakan kelas masakan coklat

                                                Menerima tempahan masakan dan katering

                                                Menerima tempahan kuih-muih, roti, kek, biskut, coklat, dan sebagainya

Emel                            :           Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Facebook                     :           ZAINAB SAIDIN

Senarai Produk-Produk Yang Disediakan Oleh Saizai Enterprise

BIL.

PRODUK BAKERI

PRODUK KATERING

(MENU UTAMA)

PRODUK KATERING

(MENU SAMPINGAN)

1

KEK LAPIS

NASI BERIANI

CHAR KUEY TIAW

2

KEK HARI JADI

NASI MINYAK

MI JAWA

3

KEK PERKAHWINAN

NASI TOMATO

MI BANDUNG MUAR

4

PELBAGAI JENIS KUIH TRADISIONAL

RENDANG HITAM

CILI JERUK

5

PELBAGAI JENIS KUIH TALAM

AYAM MASAK MERAH

MIHUN GORENG

6

KUIH-MUIH MODEN

ACAR BUAH

MI GORENG

7

PENCUCI MULUT

PAJERI NENAS

ROTI JALA

8

BISKUT UNTUK HARI RAYA

DALCA

POPIAH GORENG

9

BISKUT TRADISIONAL

 

PULUT KUNING

10

COKLAT BUATAN SENDIRI

 

MI KUNING BUATAN SENDIRI

11

TAPAI

   

12

KEK CAWAN

   

13

PAVLOVA

   

14

KEK CONTINENTAL

   

15

KEK COKLAT

   

16

KEK BERTINGKAT

   

17

MACARONS

   

18

PELBAGAI JENIS ROTI

   

Perkhidmatan

Saizai Enterprise menawarkan perkhidmatan penghantaran secara online (bagi produk makanan kering) dan penghantaran terus ke rumah di sekitar lokasi perniagaan sahaja.

Bagi katering untuk majlis-majlis kecil, perkhidmatan penghantaran secara percuma disediakan di sekitar Pahang.

Gambar perniagaan yang dijalankan

 

*Sumber dari Pengurus Saizai Enterprise (SZE)

 

PERUNCITAN

Muhaider Kassim

Pengenalan

Muhaider Kassim merupakan salah satu kedai runcit yang menjadi tumpuan penduduk dari Kampung Tanjung Buluh serta kampung berdekatan. Muhaider Kasim mula beroperasi pada tahun 1992. Terdapat pelbagai barangan runcit seperti sabun, beras, barang-barang kering dan barang keperluan asas yang lain.

Muhaider Kassim diuruskan dan diusahakan sepenuhnya oleh Encik Muhaider Bin Mohamed Kasim. Perniagaan ini dijalankan di atas tapak kedai milik sendiri. Selain menyediakan barangan runcit, Muhaider Kassim juga menawarkan perkhidmatan penghantaran tong ke rumah secara percuma. Pemilik perniagaan ini juga merupakan pembeli getah berlesen.

Lokasi

Muhaider Kassim

A11, Kedai Pekan Kerambit,

27200 Kuala Lipis,                                                          

Pahang.

Waktu Operasi

Setiap hari – 7.00 pagi hingga 9 malam

Nombor Untuk Dihubungi

Tel.: 09 3129250

H/p: 017 9079185 

 

Gambar kedai runcit

 

 

*Sumber dari Pengurus Muhaider Kassim