Sungai Jelai

Pengenalan

Sungai Jelai merupakan sungai terpanjang di Pahang dan istimewanya aliran sungai ini terletak di hujung Kampung Tanjung Buluh dan dikenali dengan nama Tanjung Yong oleh penduduk setempat. Tanjung Yong merupakan tempat pelancongan yang sering menjadi tumpuan oleh penduduk setempat dan juga segelintir penduduk dari luar kawasan.

Keistimewaan Tanjung Yong

Uniknya Tanjung Yong kerana terdapat dua jalan yang membawa kepada dua persisiran sungai. Persisiran sungai ini terbahagi kepada persisiran yang dipenuhi pasir dan persisiran yang dipenuhi dengan batu-batuan.

Selain itu, Sungai Jelai di kawasan ini merupakan lubuk ikan di kalangan kaki pancing. Terdapat pelbagai spesies ikan yang boleh ditemui seperti ikan patin, ikan kaloi, ikan jelawat, ikan kerai, ikan tenggalan, ikan belida, ikan tapah dan banyak lagi.

Keindahan sungai yang berlatarkan hutan dan batuan yang cantik juga menjadi daya tarikan bagi pencinta alam yang gemar pada pemandangan dan udara segar. Justeru, kawasan ini sering kali menjadi pilihan pengunjung mengabadikan kenangan mereka dengan bergambar samada untuk acara pra perkahwinan, berkelah dan sebagainya.

Namun begitu, Tanjung Yong belum merima sebarang kemajuan dan tidak mempunyai sebarang kemudahan asas. Masalah ini menjadikan Tanjung Yong kurang dikenali oleh masyarakat luar. Sudah tentu ianya satu kerugian jika keindahan dan keistimewaan Tanjung Yong hanya dinikmati oleh penduduk setempat sahaja.

Gambar sungai jelai