Perokok terdedah dengan risiko serangan jantung yang serius sehingga boleh mengakibatkan kematian.
Jantung memainkan fungsi penting dengan mengepam darah ke seluruh tubuh untuk membekalkan oksigen. Namun, jantung perokok terpaksa bekerja lebih keras disebabkan penyempitan saluran darah seterusnya memicu serangan jantung.
Oleh itu, para perokok boleh mendapatkan bantuan berhenti merokok dengan melayari laman sesawang https://jomquit.com/
Sumber: Facebook
Jerebu merujuk kepada satu fenomena yang berpunca daripada kehadiran banyak partikel-partikel yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.
Jerebu berlaku disebabkan oleh beberapa punca seperti asap yang dihasilkan dari proses pembakaran.
Pendedahan kepada jerebu secara berpanjangan akan memberi gejala dan kesan buruk kepada orang ramai.
Oleh itu, orang ramai adalah dinasihatkan agar meminimumkan pendedahan kepada kesan jerebu.
Sumber: Facebook