Adakah anda atau ahli keluarga anda berusia 40 tahun dan ke atas? Saringan kesihatan membolehkan anda mengetahui status kesihatan anda agar pencegahan/ rawatan awal diambil untuk elakkan komplikasi. - Meningkatkan status kesihatan - Mengurangkan perbelanjaan kos kesihatan kelak - Kekal sihat mencari nafkah hidup - Penuaan yang sihat JOM SARING! Ketahui senarai perkhidmatan saringan kesihatan di http://www.moh.gov.my/anms

SUMBER:https://www.facebook.com/photo/?fbid=442423034586372&set=a.221890939972917


 

Derma organ, berikan sinar kehidupan baharu.Sesiapa pun boleh mendaftar menjadi pengikrar penderma organ dan tisu secara percuma dan mudah.
❤️ Daftar sebagai pengikrar derma organ di klik pautan https://bit.ly/ikrardermaorgan.
Semua pengikrar penderma organ dinasihatkan agar memberitahu ahli keluarga tentang hasrat mereka untuk mendermakan organ selepas mereka meninggal dunia.Ini akan membantu keluarga untuk membuat keputusan dengan baik apabila mengetahui hasrat murni berkenaan dan memberikan kebenaran untuk proses pendermaan organ dan tisu kelak jika menepati syarat.

☀️ Pendedahan kepada cuaca panas yang berterusan semasa menjalankan aktiviti fizikal boleh menyebabkan KELESUAN HABA dan STROK HABA.

💧 Kekal hidrasi. Minum dengan banyak, tanpa mengira tahap aktiviti anda. Jangan tunggu hingga anda dahaga.
⛱️ Pastikan berada di tempat yang lebih teduh/sejuk.
🚨 Awasi juga tanda dan gejala keletihan dan strok haba. Sila dapatkan rawatan.

Keadaan strok haba yang terlalu teruk boleh menyebabkan maut.

Sumber: https://www.facebook.com/photo/?fbid=380832724078737&set=a.221890939972917


 

Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya anak disahkan OKU.
Ibu bapa, ahli keluarga dan komuniti juga memainkan PERANAN & TANGGUNGJAWAB penting iaitu:
1️⃣ IBU BAPA
❤️ Memperkasakan diri dengan pengetahuan dan kemahiran dalam penjagaan asas dan rehabilitasi kanak-kanak kurang upaya supaya rehabilitasi dijalankan secara konsisten di rumah
❤️ Mengenalpasti potensi anak OKU dan menyokong penglibatan dalam masyarakat
2️⃣AHLI KELUARGA
❤️ Meningkatkan kesedaran berkenaan ketidakupayaan terutamanya adik beradik bagi membolehkan mereka membantu dalam penjagaan anak OKU
❤️ Memberi sokongan kepada ahli keluarga untuk penjagaan berterusan sehingga akhir hayat OKU
3️⃣ KOMUNITI
❤️ Penglibatan dan kerjasama pelbagai agensi dalam menyediakan persekitaran lebih mesra OKU
❤️ Menyokong keluarga dan OKU dengan menyediakan pelbagai bentuk bantuan, meliputi sokongan psikososial
❤️ Mewujudkan kumpulan sokongan kepada keluarga dan OKU

Amalkan tip keselamatan makanan seperti yang dikongsikan dalam bulan Ramadan ini 👍🏽
INGAT‼️Sayangi perut anda, elakkan keracunan makanan.