Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya anak disahkan OKU.
Ibu bapa, ahli keluarga dan komuniti juga memainkan PERANAN & TANGGUNGJAWAB penting iaitu:
1️⃣ IBU BAPA
❤️ Memperkasakan diri dengan pengetahuan dan kemahiran dalam penjagaan asas dan rehabilitasi kanak-kanak kurang upaya supaya rehabilitasi dijalankan secara konsisten di rumah
❤️ Mengenalpasti potensi anak OKU dan menyokong penglibatan dalam masyarakat
2️⃣AHLI KELUARGA
❤️ Meningkatkan kesedaran berkenaan ketidakupayaan terutamanya adik beradik bagi membolehkan mereka membantu dalam penjagaan anak OKU
❤️ Memberi sokongan kepada ahli keluarga untuk penjagaan berterusan sehingga akhir hayat OKU
3️⃣ KOMUNITI
❤️ Penglibatan dan kerjasama pelbagai agensi dalam menyediakan persekitaran lebih mesra OKU
❤️ Menyokong keluarga dan OKU dengan menyediakan pelbagai bentuk bantuan, meliputi sokongan psikososial
❤️ Mewujudkan kumpulan sokongan kepada keluarga dan OKU