Sambal Hitam

Negeri Pahang Darul Makmur memang terkenal dengan makanan "Gulai Tempoyak Ikan Patin" dan Kari Kepala Ikan. Di daerah Lipis makanan ini juga merupakan antara menu utama yang menjadi pilihan dan tarikan pelancong tempatan serta luar negara.

Makanan di kawasan Taman Kerambit Jaya lebih dikenali dengan Sambal Hitam dan Sambal Belimbing.Segelintir komuniti membuat sendiri Sambal Hitam untuk kenduri dan perniagaan.Disebabkan sebahagian komuniti yang menetap di sini adalah dari negeri Kelantan,Sambal Hitam biasanya dijual di  kedai-kedai dengan rasa yang kurang pedas dan manis.Selain itu,burung puyuh dan punai juga menjadi makanan utama komuniti taman.Komuniti lebih suka menangkap sendiri berbanding membeli di pasar atau kedai.Hal ini kerana burung yang di tangkap sendiri menghasilkan rasa yang berbeza dan lebih baik.Burung puyuh dan punai biasanya digoreng dengan kunyit atau rempah mengikut keinginan komuniti.

 

    *Sumber Komuniti Taman dan JKKK Tanjung Buluh