Perusahaan Membuat Mee Kuning

Puan Maznah Binti Mohamad 46 tahun,merupakan seorang usahawan tempatan Taman Kerambit Jaya.Beliau mula mengusahakan mee kuning sejak 7 tahun yang lalu.Mee kuning tersebut dihasilkan di rumah sendiri bersama anaknya.Proses penghasilan mee kuning dengan mengunakan mesin tradisional dan periuk adalah cara yang paling mudah untuk pengusaha kecilan sepertinya.

Beliau juga berniaga di pasar kerambit dengan menjual nasi berlauk dan kuih muih seperti nasi beriani dan karipap.Sokongan daripada komuniti setempat memberi semangat kepadanya untuk teruskan jualan mee kuning.Komuniti setempat juga membuat tempahan darinya setiap kali majlis kenduri diadakan.Selain itu,beliau juga menyediakan perkhidmatan katering di daerah Kuala Lipis.Sekolah-sekolah yang berhampiran juga membuat tempahan makanan dengannya.

 

                                                                                                                                          *Sumber daripada Puan Mazni Pengusaha Mee Kuning