Taman Kerambit Jaya mula dibuka pada 30 Ogos 2005. Proses mencari tapak dimulakan pada tahun 2003. Seterusnya, projek pembinaan bangunan bermula dari tahun 2003 sehingga siap sepenuhnya pada tahun 2005.

Rumah yang dibina di kawasan ini merupakan rumah teres satu tingkat dan juga merupakan rumah jenis kos rendah. Bilangan rumah yang terlibat ialah 100 unit rumah.Kini sebanyak 286 orang penduduk menetap di Taman Kerambit Jaya.

Sebelum wujudnya taman perumahan, kawasan ini dikenali sebagai Padang Endut oleh penduduk setempat. Pada ketika itu tanah di kawasan ini merupakan tanah terbiar dan tidak dibangunkan. Manakala tanah berhampiran pula merupakan tanah yang digunakan untuk tujuan perladangan.

Kemudian, kawasan yang digelar sebagai Padang Endut ini semakin dibangunkan bermula dengan terbinanya Pejabat Felcra Berhad dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kerambit. Setelah itu, terbinalah taman perumahan yang diberi nama Taman Kerambit Jaya seperti yang ada sekarang.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

*Sumber dari Ketua Kampung Tanjung Buluh