Tarikh : 25 oktober 2024 Masa : 8.30 am - 12.30 pm Lokasi : Laman Qaseh, Kuala Lipis Peserta : 120 orang |
Tujuan :
Memberi pemahaman tentang asas perniagaan kepada peserta termasuk pengurusan, pemasaran, kewangan dan pembangunan produk. Melengkapkan peserta dengan kemahiran asas yang diperlukan untuk memulakan dan mengurusakan perniagaan dengan berkesan. Mencetuskan minat dan semangat keusahawanan dalam kalangan peserta khususnya mereka yang baru ingin mulakan perniagaan.
Aktiviti :
Peserta mendengar taklimat daripada penceramah yang berpengalaman secara fizikal. Peserta dibimbing untuk membuat rancangan perniagaan ringkas. Terdapat juga aktiviti berkumpulan untuk berbincang dan berkongsi idea perniagaan. Peserta mempelajari pemasaran digital. Di akhir sesi peserta dapat melakukan sesi soal jawab dalam perniagaan secara bersemuka.