Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018,sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia.

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

1. tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan.
2. bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
3. sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh.
4. membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks.
5. memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul.
6. membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD  sebelum masuk ke kelas

 

 

Klinik Desa Kerambit

Pengenalan

Klinik desa ini  merupakan klinik terdekat bagi penduduk Kampung Tanjung Buluh serta kampung bedekatan. Jarak antara klinik dengan Kampung Tanjung Buluh ialah lebih kurang 4km.

Waktu Operasi

Isnin hingga Jumaat     : 8 Pagi – 1 Petang, 2 Petang – 5 petang

Sabtu dan Ahad                       : Cuti Minggu

Jadual Rawatan

HARI

MASA

8 pagi - 1 petang

1 tgh - 2 ptg

2 ptg - 5 ptg

ISNIN

Klinik Bersepadu

Rehat

Klinik Bersepadu

SELASA

Klinik Bersepadu

Rehat

Klinik Bersepadu

RABU

Klinik Bersepadu

Rehat

Klinik Bersepadu

KHAMIS

Klinik Bersepadu

Rehat

Klinik Bersepadu

JUMAAT

Mesyuarat, CME

Rehat

Gotong-royong

 

Gambar Klinik desa

  

 

*Sumber dari Klinik Desa Kerambit