Dikongsikan syor terkini oleh Jawatankuasa Kerja Teknikal (TWG) berkenaan pemberian dos penggalak.
Individu yang telah lengkap menerima dos primer vaksin COVID-19 dan diikuti dengan dos penggalak telah terbukti mendapat perlindungan optima daripada jangkitan COVID-19 yang teruk dan kematian.
Namun disebabkan berlaku penurunan imuniti selepas tempoh yang tertentu (waning imunity), risiko kumpulan rentan untuk mendapat jangkitan yang teruk dan komplikasi penyakit COVID-19 adalah tinggi.
Oleh itu, pengambilan vaksin dos penggalak kedua adalah amat digalakkan, terutamanya bagi kumpulan ini.
sumber : Facebook

Awas❗❗
📢Jangan ambil mudah dengan penggunaan telur dalam masakan.
🥚 Telur mudah tercemar dengan pelbagai kuman khususnya Salmonella. Ia menyebabkan gejala demam, kejang perut dan cirit- birit.
📌Oleh itu, perhatikan dan buat penilaian sebaiknya seperti dikongsikan sebelum membuat pembelian.
Anda juga dinasihatkan untuk:
1. Membeli mengikut keperluan
2. Simpan telur di tempat yang sesuai
3. Basuh telur sebelum guna
"Keselamatan Makanan Tanggungjawab Bersama"\
Sumber: Facebook

📖Disleksia adalah masalah pembelajaran khusus.Ciri-ciri atau gejala disleksia biasanya dapat dikenal pasti apabila kanak-kanak mula memasuki alam persekolahan, dimana kemahiran membaca, menulis, mengira dan mewarna mula diperlukan.
Namun begitu, terdapat beberapa ciri yang boleh diperhatikan oleh ibu bapa pada kanak-kanak sebelum peringkat umur tersebut.

👉Antaranya adalah seperti dikongsikan. Sekiranya ibu bapa mendapati sebarang masalah pada perkembangan anak, sila dapatkan pemeriksaan lanjut di klinik kesihatan berhampiran.

💕Dengan rangsangan yang betul dan konsisten, dapat membantu kanak-kanak disleksia membina keyakinan diri serta mengasah keistimewaan mereka.

SUMBER: Facebook


 

Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah adalah tinggi dari normal.
Ia adalah masalah kronik yang boleh mengakibatkan kerosakan banyak organ penting tubuh bergantung kepada tahap kawalan gula dalam darah.
Tanpa pengurusan yang betul ianya boleh mendatangkan berbagai komplikasi seperti penyakit kardiovaskular, kegagalan buah pinggang, buta dan kerosakan saraf seperti dikongsikan.
✔️Amalan gaya hidup sihat dan pengambilan rawatan yang teratur adalah penting bagi membolehkan anda mengawal tahap gula dalam darah ke arah tahap normal.
Sekiranya anda atau ahli keluarga anda menghidapkan diabetes, pastikan kepatuhan kepada perawatan serta jadual pemeriksaan berkala yang diberikan.
Sumber: Facebook

Ketahui faktor risiko dan simptom-simptom Kanser Tiroid.Anda tidak semestinya menghidap Kanser Tiroid walaupun mempunyai simptom-simptom ini.Oleh itu, pemeriksaan segera oleh doktor adalah penting bagi menentukan diagnosis dan membolehkan rawatan awal dapat dilakukan.
sumber: Facebook