Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah adalah tinggi dari normal.
Ia adalah masalah kronik yang boleh mengakibatkan kerosakan banyak organ penting tubuh bergantung kepada tahap kawalan gula dalam darah.
Tanpa pengurusan yang betul ianya boleh mendatangkan berbagai komplikasi seperti penyakit kardiovaskular, kegagalan buah pinggang, buta dan kerosakan saraf seperti dikongsikan.
Amalan gaya hidup sihat dan pengambilan rawatan yang teratur adalah penting bagi membolehkan anda mengawal tahap gula dalam darah ke arah tahap normal.
Sekiranya anda atau ahli keluarga anda menghidapkan diabetes, pastikan kepatuhan kepada perawatan serta jadual pemeriksaan berkala yang diberikan.
Sumber: Facebook