☀️☀️Fenomena cuaca panas yang melanda negara ketika ini tidak boleh diambil ringan oleh masyarakat kerana akan memberi kesan buruk kepada kesihatan.
⛱️Ketika cuaca panas, seseorang berpotensi kehilangan cecair tubuh seterusnya mengakibatkan dehidrasi. Dehidrasi boleh mengakibatkan gangguan sistem kognitif, mengganggu sistem kawalan suhu tubuh, melemahkan fungsi kognitif dan mengurangkan keupayaan untuk melaksanakan aktiviti fizikal.
💧Air memainkan peranan penting kepada tubuh seperti membantu fungsi usus, memberi tenaga, mencantikkan kulit dan mengganti cecair tubuh. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk banyakkan minum air kosong tanpa mengira aktiviti fizikal pada musim panas agar kekal sihat
Sumber : (1) Facebook