WHO baru sahaja mengeluarkan kenyataan tiada tahap selamat bagi minuman alkohol. Ini selepas penemuan terbaharu mendapati lebih separuh punca kanser adalah daripada individu yang meminum alkohol pada tahap minima dan sederhana.
Sebelum ini terdapat artikel yang menyatakan meminum alkohol dalam kuantiti sedikit boleh memberikan manfaat kepada kesihatan.
Kini tidak lagi. Alkohol telah diletakkan sebagai bahan yang karsinogen tahap 1 sama seperti rokok dan asbestos.
Menurut tinjauan NHMS 2019, Sebanyak 11.9% atau 1 dalam 10 rakyat Malaysia minum alkohol. Alkohol bukan sahaja punca kepada masalah fizikal, tetapi kesihatan mental, masalah rumah tangga, keganasan domestik, dan kemalangan jalan raya
Sumber : Facebook