Ramai tidak tahu. Renew road tax tanpa lihat intipati yang ditawarkan insuran/takaful kereta. Asalkan paling murah, terus bayar. Bila nak claim baru tahu tidak dilindungi, menyesal tidak lagi berguna.
Kos baik pulih kereta tenggelam sangat tinggi. Hendak dijual, tidak laku. Pinjaman bank masih perlu dibayar .
Ini yang dihadapi ramai ketika bencana banjir menyerang negara sebelum ini. Tidak membeli perlindungan tambahan iaitu special perils.
Jabatan MetMalaysia sudah memaklumkan 4 hingga 6 gelombang monsun dijangkakan akan berlaku pada bulan November sehingga Mac.
Jika anda berada di tempat kawasan yang rendah atau terdedah kepada banjir, pastikan insuran kereta anda mempunyai lindungan untuk bencana banjir.
Sumber : Facebook

Penyalahgunaan Ketum yang boleh menyebabkan masalah buah pinggang dan kematian otot.
Jika anda melihat ada kawan-kawan yang gemar meminum ketum lebam-lebam dikulit terutamanya sekitar kaki, ini mungkin kesan daripada minum ketum.
Dulu pun pernah viral, kes seorang kawan yang ketagihan minum ketum, masuk ICU sebab kegagalan buah pinggang.
Kami siarkan dua kes siri yang telah dilaporkan oleh pengamal perubatan.
Kes 1
Seorang wanita berumur 45 tahun yang terlebih dos dengan kratom telah mengalami kelesuan, kekeliruan, kehilangan pendengaran sementara, dan bengkak dan lebam kaki kanan bawah.
Pesakit didiagnosis dengan rhabdomyolysis (sel otot mati), compartment syndrome, disfungsi multiorgan termasuk kecederaan buah pinggang akut, kerosakan hati, dan jantung bengkak. Dia menjalani pembedahan fasciotomy kecemasan dan memerlukan hemodialisis. Fungsi buah pinggang dan hati beliau kemudiannya bertambah baik selepas dimasukkan ke ICU.
-----
Kes 2
38 tahun lelaki tanpa sejarah perubatan telah dimasukkan ke ICU disebabkan masalah jangkitan dalam darah (sepsis), ginjal rosak, dan radang hempedu.
Dua hari sebelum dimasukkan ke hospital, dia mengalami demam, sakit perut, keletihan dan kencing yang gelap. Dalam siasatan, pesakit dikatakan menelan 12 kapsul ketum dua kali sehari dalam masa beberapa bulan yang dikatakan sebagai suplement kesihatan.
Pesakit di dapati demam, nadi laju, kekuningan mata, perut yang sakit bila ditekan. Kencingnya mempunyai protien yang tinggi menunjukkan ginjal tidak mampu menapis dengan baik atau rosak.
Beliau juga mengalami anemia dan masalah hati. Ultrasound hati menunjukkan hempedu telah menebal disebabkan radang. Pesakit dimasukkan ICU dan sembuh selepas rawatan. Pesakit disarankan agar tidak lagi mengambil suplemen ketum.
---
Rhabdomyolysis adalah keadaan penyakit serius yang boleh membawa maut atau mengakibatkan hilang upaya kekal. Rhabdo berlaku apabila tisu otot yang rosak melepaskan protein dan elektrolitnya ke dalam darah. Bahan-bahan ini boleh merosakkan jantung dan buah pinggang dan menyebabkan hilang upaya kekal atau kematian.
Sumber
PMID: 33764201 dan doi: 10.1097/01.ccm.0000645508.54404.9a

Bagi sesetengah inidivu yang mempunyai masalah kesihatan kronik, mereka akan mengalami situasi dimana keletihan yang di alami TIDAK hilang selepas berehat atau tidur.

Ia bukan sahaja berlaku kepada pesakit dengan masalah fizikal malah pesakit mental.

Bilakah masa untuk berjumpa doktor anda untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan?

1. Tidak dapat memikirkan apa-apa yang mungkin menyebabkan keletihan anda

2. Mempunyai suhu badan yang lebih tinggi daripada biasa (demam)

3. Telah mengalami penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan

4. Berasa sangat sensitif terhadap suhu yang lebih sejuk

5. Kerap mengalami masalah untuk terjatuh

6. Mengalamai tekanan dan kemurungan

Sumber:https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/photos/a.1712358955720636/3216290661994117/


 

Bukan sekadar kukuโ€ฆWarna, bentuk, struktur kuku memberi gambaran mengenai masalah kesihatan dan keadaan tubuh badan.
Sebab itu, pemeriksaan kuku adalah salah satu skill yang perlu di pelajari oleh semua doktor perubatan.
Apa yang boleh diketahui dengan hanya melihat kuku?
- Keadaan kesihatan tubuh menyeluruh
- Status nutrisi
- Kesihatan jantung
- Pekerjaan & hobi
- keadaan rheumatic
- Sejarah kesihatan
- Masalah kulit
- Tahap kebersihan dan hygiene
Jika ada sebarang keraguan, dapatkan pemeriksaan lanjut

โš ๏ธ Waspada dengan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)

Penyakit HFMD adalah penyakit jangkitan kanak-kanak di mana ruam lepuh muncul di tangan, kaki dan kawasan lampin serta ulser dalam mulut.

Perhatikan tanda-tanda jangkitan HFMD pada anak anda. Sekiranya ada,

๐Ÿ‘‰ anak anda perlu dikuarantin supaya tidak menjangkiti kanak-kanak lain.
๐Ÿ‘‰ elakkan berkongsi alatan peribadi, makanan dan permainan anak anda yang dijangkiti HFMD dari anak yang lain.
๐Ÿ‘‰ jangan hantar anak ke taska / tadika / sekolah.
๐Ÿ‘‰ kerap lakukan pembersihan dan disinfeksi pada alatan dan permukaan yang kerap disentuh oleh anak.

sumber: https://www.facebook.com/photo/?fbid=375733354588674&set=a.221890939972917