⚠️ Waspada dengan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)

Penyakit HFMD adalah penyakit jangkitan kanak-kanak di mana ruam lepuh muncul di tangan, kaki dan kawasan lampin serta ulser dalam mulut.

Perhatikan tanda-tanda jangkitan HFMD pada anak anda. Sekiranya ada,

👉 anak anda perlu dikuarantin supaya tidak menjangkiti kanak-kanak lain.
👉 elakkan berkongsi alatan peribadi, makanan dan permainan anak anda yang dijangkiti HFMD dari anak yang lain.
👉 jangan hantar anak ke taska / tadika / sekolah.
👉 kerap lakukan pembersihan dan disinfeksi pada alatan dan permukaan yang kerap disentuh oleh anak.

sumber: https://www.facebook.com/photo/?fbid=375733354588674&set=a.221890939972917


 

Info penting. Awasi aktiviti anak anda. Anda mungkin dipenjara disebabkan mereka.

Sumber : https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/photos/a.1715215348768330/3175697996053384/

Bahaya goncang anak sewaktu bayi.

Tahukah anda, perbuatan seperti
✅ Melambung bayi
✅ Menggoncang bayi
✅ Senaman akrobatik bayi
Adalah sangat bahaya untuk bayi.

Bayi mempunyai otak yang lembut dan otot leher yang lemah. Bayi juga mempunyai salur darah yang sangat halus.

Menggoncang bayi atau kanak-kanak kecil boleh menyebabkan otak menhentak dinding tengkorak dan menyebabkan salur darah terkoyak, pendarahan dan otak membengkak.

Kesan lain adalah seperti patah tulang belakang, leher, dan juga kerosakan pada mata.Bahaya goncang anak sewaktu bayi.

Shaken baby syndrome (SBS) kerap berlaku pada bayi berumur bawah 2 tahun. Namun ianya boleh berlaku pada kanak-kanak berumur 5 tahun.

Kebanyakan kes berlaku pada umur 6 -8 minggu dimana bayi kerap menangis. Penjaga yang stress akibat bayi yang kerap menangis atau untuk melepaskan geram adalah contoh paling kerap mengapa bayi digoncang

 

Sumber : https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/photos/a.1712358955720636/3133915073565010/


 

Semasa musim HFMD, bayangkan bayi sebelum ini duduk dengan air liur meleleh di meja makan... kemudian anak anda duduk pula di atas kerusi yang sama.
Oleh itu, jika anda ingin menggunakan kerusi tinggi untuk bayi anda di restoran pastikan ia di bersihkan terlebih dahulu dengan cecair pembersih.
Survey menunjukkan, permukaan meja bayi ini jauh lebih kotor dari meja lain direstoran. Walaupun jarang menyebabkan kesakitan yang teruk, ia mungkin mengandungi kuman bahaya seperti Coliform.
Permukaan yang bersih jangan disangka suci tanpa kuman, untuk keselamatan bayi anda, WIPE dengan pembersih!
Perhatian kepada perokok, Jika anda tidak mampu untuk berhenti merokok, tolong pastikan puntung rokok dibuang dengan betul.
Ramai perokok sangka puntung rokok hanya kapas dan kertas yang akan mereput dalam masa beberapa hari- minggu. Sebab itu puntung rokok dengan sengaja dibuang merata rata di tepi parit, di celah pasu, di tepi pantai.
Sebenarnya bahan utama bagi puntung rokok adalah plastik cellulose acetate. Jika dibuang merata rata, puntung rokok tersebut akan kekal sehingga 10 tahun sebelum terurai sepenuhnya.
Ia juga mengandungi bahan beracun yang menyebabkan keracunan haiwan marin jika ia dibuang di tepi pantai dan sungai. Tumbuhan yang “dibaja” dengan puntung rokok juga akan alami kerosakan dan pertumbuhan akan terbantut
Kisah tular seorang wanita yang alami kecederaan mata selepas terkena puntung rokok juga satu isu penting. Kebakaran juga boleh berlaku jika puntung rokok dibuang di kawasan semak khususnya pada musim kering.