Perhatian kepada perokok, Jika anda tidak mampu untuk berhenti merokok, tolong pastikan puntung rokok dibuang dengan betul.
Ramai perokok sangka puntung rokok hanya kapas dan kertas yang akan mereput dalam masa beberapa hari- minggu. Sebab itu puntung rokok dengan sengaja dibuang merata rata di tepi parit, di celah pasu, di tepi pantai.
Sebenarnya bahan utama bagi puntung rokok adalah plastik cellulose acetate. Jika dibuang merata rata, puntung rokok tersebut akan kekal sehingga 10 tahun sebelum terurai sepenuhnya.
Ia juga mengandungi bahan beracun yang menyebabkan keracunan haiwan marin jika ia dibuang di tepi pantai dan sungai. Tumbuhan yang “dibaja” dengan puntung rokok juga akan alami kerosakan dan pertumbuhan akan terbantut
Kisah tular seorang wanita yang alami kecederaan mata selepas terkena puntung rokok juga satu isu penting. Kebakaran juga boleh berlaku jika puntung rokok dibuang di kawasan semak khususnya pada musim kering.