Kuning telur mengandungi kolesterol tetapi ia TIDAK menyebabkan peningkatan ketara kolesterol jahat dalam darah seperti mana yang di war warkan sebelum ini.

Peningkatan kolesterol yang jahat (LDL) yang di hasilkan oleh hati akibat dirangsang setelah pengambilan lemak tepu dan trans fat seperti

‼️ Daging merah
‼️ Makanan proses, sosej, daging burger
‼️ Kek, muffin, scones

👆🏻Makanan makanan seperti ini boleh dikurangkan.

Pengambilan telur secara sederhana adalah selamat dan mengandungi khasiat, protein dan vitamin.

Sumber: Facebook

Berapa lamakah anda menyelesaikan hajat (membuang air besar) di tandas? Secara sihat, ia sepatutnya tidak lebih dari 10 minit.

Ada trend terkini untuk membawa telefon bimbing/ gadget ke tandas. Ia sangat tidak digalakkan kerana tidak hygiene.

Selepas menggunakan tandas kita akan membasuh tangan dengan sabun, tetapi kita tidak akan membasuh HP. Oleh itu, kuman dari tandas akan dibawa ke tempat lain termasuk meja makan dan bilik tidur.

Duduk terlalu terlalu lama di tandas menyebabkan risiko buasir. HP juga ada risiko terjatuh dan bunyi dari HP menggangu privasi orang lain.
.
❌ Tidak perlu bermain gadget di tandas
✅ Selesaikan hajat dengan segera dan tidak perlu duduk terlalu lama

Sumber: Facebook


 

 

Jika anggota kerap MC dan tidak sihat jangan anggap mereka kaki ponteng dan malas bekerja. Mungkin mereka alami masalah mental yang serius yang menyebabkan ada gejala somatik
.

Adakah anda mengalami pelbagai gejala fizikal BERTERUSAN yang tidak dapat dijelaskan?

✔️ Pemeriksaan doktor pula mendapati anda TIDAK mempunyai sebarang masalah kesihatan dan sihat tubuh badan.

✔️ Namun gejala tersebut benar benar menganggu dan memberi kesan kepada kehidupan anda seharian.

✔️ Masalah tersebut telah berlanjutan selama 6 bulan

Ini mungkin salah satu dari masalah mental yang dikenali sebagai Somatic Symptom Disorder.
.

Bukan semua masalah emosi dan kemurungan dipaparkan menerusi gejala biasa kemurungan.. ada yang mengalami gejala fizikal seperti ini.

Dapatkan rujukan dan pemeriksaan ya

Sumber: Facebook


 

Rendamkan kaki dalam baldi berisi ais batu selama 20 minit mampu membantu anda untuk mengurangkan kepanasan tubuh dan membuat anda lebih relaks. Titikkan beberapa titis essential oil Pepermint untuk kesan lebih baik
Semasa cuaca panas tingkatkan pengambilan air kosong dan makanan/ buah buahan yang banyak kandungan air seperti tembikai, tomato, strawberry & sup.
Lidah buaya boleh dijadikan gel pelembab semula jadi untuk wajah. Letak daun lidah buaya dalam peti sejuk untuk kesan lebih sejuk.
Apabila anda makan makanan yang pedas, ia menghantas mesej ke otak untuk menyejukkan tubuh. Anda akan berpeluh dan selepas berpeluh tubuh akan sejuk.
 
Sumber: Facebook