Selepas makan tengahari di restoran tadi, tekak mula kering dan kepala mula berdenyut macam sakit migraine. Sah lah, banyak MSG digunakan untuk masakan!
“ Pangkah kedai ini, memang banyak guna MSG”
Bukan semua individu mengalami gejala selepas mengambil makanan yang tinggi MSG, bagi individu yang sensitif dengan bahan ini memang menyakitkan.
Walaupun banyak kempen yang menyatakan ia mengandungi garam (sodium) yang kurang berbanding garam dapur tetapi ia tetap garam. Jika digunakan dalam kuantiti yang banyak memang tidak menyihatkan
Kepada pengguna dan restoran, nak guna tiada masalah, jangan letak terlalu banyak.
Gunakan bahan perasa semulajadi seperti herba dan rempah 👍👍👍