Hujung minggu ini, ramai yang kemas rumah dan buat pembersihan, ingat pesanan ini…Seorang wanita dan anak kecil dikejarkan ke jabatan kecemasan selepas mengalami gejala sesak nafas di rumah mereka.Ibunya sudah pitam di pintu tandas akibat sesak nafas manakala anak terbatuk tanpa henti. Puncanya adalah akibat ibu telah mencampurkan bahan peluntur (bleach) dengan Bahan pencuci lain (stain remover) lalu menghasilan gas beracun.Wanita tersebut diberikan rawatan segera dan berjaya diselamatkan. Berikut adalah kesan jika mencampurkan bahan peluntur dengan cecair pencuci lain.
🚫 Cecair Peluntur + Ammonia = Gas Kloramin
Terhidu gas kloramin boleh menyebabkan batuk, sesak nafas dan radang paru-paru.
🚫 Cecair Peluntur+ Cuka = Gas Klorin
Pendedahan kepada gas klorin menyebabkan sakit dada, muntah, dan juga kematian.
🚫 Cecair Peluntur + Alkohol = gas kloroform
Bernafas dalam kloroform boleh menyebabkan keletihan, pening, dan pengsan.
Oleh itu sangat penting, jangan campurkan bahan pencuci terutamanya cecair peluntur dengan bahan pencuci lain.
sumber: Facebook

Sindiket Macau Scam kini lebih bijak daripada mang­sanya apabila semakin ramai scammer menyamar sebagai anggota agensi penguatkuasaan dan meminta maklumat peribadi anda berhubung dakwaan kes yang disabitkan ke atas anda.
MCMC menasihati masyarakat supaya jangan mudah panik atau mempercayai panggilan seumpama itu.
Jangan jadi mangsa SCAM! Laporkan kepada pihak @pdrmsia_official supaya tindakan segera dapat dilaksanakan atau rujuk terus kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan #NSRC di talian 997.

Sumber: Facebook

Musim hujan ni ramai betul gunakan lampu kecemasan di atas jalan raya. Katanya bertujuan untuk kereta di belakang mengetahui kereta anda wujud. Salah tu. Elakkan menggunakan lampu tersebut. Sebaliknya, gunakan lampu kabus (fog lights). Sebab ini lah masanya untuk menggunakannya.

Sumber: Facebook


 

Selepas makan tengahari di restoran tadi, tekak mula kering dan kepala mula berdenyut macam sakit migraine. Sah lah, banyak MSG digunakan untuk masakan!
β€œ Pangkah kedai ini, memang banyak guna MSG”
Bukan semua individu mengalami gejala selepas mengambil makanan yang tinggi MSG, bagi individu yang sensitif dengan bahan ini memang menyakitkan.
Walaupun banyak kempen yang menyatakan ia mengandungi garam (sodium) yang kurang berbanding garam dapur tetapi ia tetap garam. Jika digunakan dalam kuantiti yang banyak memang tidak menyihatkan
Kepada pengguna dan restoran, nak guna tiada masalah, jangan letak terlalu banyak.
Gunakan bahan perasa semulajadi seperti herba dan rempah πŸ‘πŸ‘πŸ‘
Ambil masa yang lebih panjang dan kunyah makanan dengan perlahan dapat memberi banyak manfaat kepada anda.
Perut anda perlu mengambil masa 20 minit untuk menghantar mesej ke otak bahawa perut sudah penuh dan kenyang. Makan dengan cepat nengakibatkan jumlah makanan yang diambil bertambah.
Makan perlahan juga dapat merangsang enzim pencernaan dengan sempurna dan mengurangkan risiko gastritis.
Untuk jangka masa panjang, makan dengan perlahan dapat mengurangkan pengambilan kalori, menghentikan risiko obesiti dan penyakit metabolik.
Sumber : Facebook