Penyalahgunaan Ketum yang boleh menyebabkan masalah buah pinggang dan kematian otot.
Jika anda melihat ada kawan-kawan yang gemar meminum ketum lebam-lebam dikulit terutamanya sekitar kaki, ini mungkin kesan daripada minum ketum.
Dulu pun pernah viral, kes seorang kawan yang ketagihan minum ketum, masuk ICU sebab kegagalan buah pinggang.
Kami siarkan dua kes siri yang telah dilaporkan oleh pengamal perubatan.
Kes 1
Seorang wanita berumur 45 tahun yang terlebih dos dengan kratom telah mengalami kelesuan, kekeliruan, kehilangan pendengaran sementara, dan bengkak dan lebam kaki kanan bawah.
Pesakit didiagnosis dengan rhabdomyolysis (sel otot mati), compartment syndrome, disfungsi multiorgan termasuk kecederaan buah pinggang akut, kerosakan hati, dan jantung bengkak. Dia menjalani pembedahan fasciotomy kecemasan dan memerlukan hemodialisis. Fungsi buah pinggang dan hati beliau kemudiannya bertambah baik selepas dimasukkan ke ICU.
-----
Kes 2
38 tahun lelaki tanpa sejarah perubatan telah dimasukkan ke ICU disebabkan masalah jangkitan dalam darah (sepsis), ginjal rosak, dan radang hempedu.
Dua hari sebelum dimasukkan ke hospital, dia mengalami demam, sakit perut, keletihan dan kencing yang gelap. Dalam siasatan, pesakit dikatakan menelan 12 kapsul ketum dua kali sehari dalam masa beberapa bulan yang dikatakan sebagai suplement kesihatan.
Pesakit di dapati demam, nadi laju, kekuningan mata, perut yang sakit bila ditekan. Kencingnya mempunyai protien yang tinggi menunjukkan ginjal tidak mampu menapis dengan baik atau rosak.
Beliau juga mengalami anemia dan masalah hati. Ultrasound hati menunjukkan hempedu telah menebal disebabkan radang. Pesakit dimasukkan ICU dan sembuh selepas rawatan. Pesakit disarankan agar tidak lagi mengambil suplemen ketum.
---
Rhabdomyolysis adalah keadaan penyakit serius yang boleh membawa maut atau mengakibatkan hilang upaya kekal. Rhabdo berlaku apabila tisu otot yang rosak melepaskan protein dan elektrolitnya ke dalam darah. Bahan-bahan ini boleh merosakkan jantung dan buah pinggang dan menyebabkan hilang upaya kekal atau kematian.
Sumber
PMID: 33764201 dan doi: 10.1097/01.ccm.0000645508.54404.9a