Bahaya goncang anak sewaktu bayi.
Tahukah anda, perbuatan seperti
Melambung bayi
Menggoncang bayi
Senaman akrobatik bayi
Adalah sangat bahaya untuk bayi.
Bayi mempunyai otak yang lembut dan otot leher yang lemah. Bayi juga mempunyai salur darah yang sangat halus.
Menggoncang bayi atau kanak-kanak kecil boleh menyebabkan otak menhentak dinding tengkorak dan menyebabkan salur darah terkoyak, pendarahan dan otak membengkak.
Kesan lain adalah seperti patah tulang belakang, leher, dan juga kerosakan pada mata.Bahaya goncang anak sewaktu bayi.
Shaken baby syndrome (SBS) kerap berlaku pada bayi berumur bawah 2 tahun. Namun ianya boleh berlaku pada kanak-kanak berumur 5 tahun.
Kebanyakan kes berlaku pada umur 6 -8 minggu dimana bayi kerap menangis. Penjaga yang stress akibat bayi yang kerap menangis atau untuk melepaskan geram adalah contoh paling kerap mengapa bayi digoncang
Sumber : https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/photos/a.1712358955720636/3133915073565010/