Kebimbangan utama dalam situasi menghadapi pandemik adalah apabila sistem kesihatan tidak lagi mampu menanggung bebanan kes yang terlalu banyak.
Bebanan ini bukan sekadar diukur dari angka katil ICU yang ada, tetapi anggota yang diperlukan untuk menjaga pesakit serta bebanan yang berlaku di sektor kesihatan awam yang bagaikan menggila mengesan kontak rapat dan melakukan aktiviti kawalan penyakit.