Berani betul korang beli dan pakai kanta lekap murahan yang di jual dalam talian, di pasar malam dan butik kecantikan.
Malaysian Optical Council melaporkan,hampir setiap bulan pasti ada kes kebutaan melibatkan komplikasi akibat penggunaan kanta lekap.
Siapa mangsanya? Sudah tentu anak gadis muda yang memasang angan angan memiliki anak mata kebiruan.. tanpa memikirkan komplikasi dan kesan akibat penggunaannya.
Produk kanta sentuh murahan ini tidak diketahui sumber dan kualiti penghasilannya. Ada yang dihasilkan tanpa pemantauan kualiti yang menyebabkan permukaannya tidak sekata.
Ini boleh menyebabkan pemukaan mata tercalar. Kuman akan masuk ke permukaan mata yang tercalar dan menyebabkan ulser.
.
Semua penggunaan kanta lekap perlu dipantau oleh ahli optometrist yang berdaftar. Walaupun kanta lekap tidak mempunyai “power”, mereka perlu lakukan pemeriksaan untuk mengetahui kesesuaian mata dan produk untum penggunaan yang selamat.
Kenapa penggunaan kanta lekap begitu dikawal rapi?
Kenapa mata dan penglihatan sangat berharga, tidak terbanding dengan kanta murahan kebiruan itu
sumber :https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/photos/a.1715215348768330/2975069836116202/