Tarikh : 13 september 2024

 Masa : 10.00 am - 11.00 am

 Lokasi : NADI Taman Kerambit Jaya

 Peserta : 1 orang

Tujuan :

Memberi pendedahan kepada peserta asas penggunaan Microsoft word. Perkara asas dalam Microsoft word seperti mengedit dan memformat teks, memasukkan tabel, gambar dan simbol. Melalui latihan dan teknik yang efektif, peserta dapat meningkatkan kecepatan dan akurasi mengetik. 

 

Aktiviti :

Peserta diberi penerangan asas-asas Microsoft word seperti menu dan toolbar. Menunjukkan cara membuat dokumen baru dengan menyimpannya. Melatih peserta untuk menaip, mengedit dan memformat teks asas. Memberi pendedahan mengenai format dan gaya seperti cara mengubah font, saiz, warna dan gaya teks. Dan penambahan cara mengatur perenggan, jarak dan penjajaran serta latihan penggunaan bullet points dan numbering untuk senarai.

 

GAMBAR DISINI

 

 Tarikh : 11 september 2024

 Masa : 8.30 am - 10.30 am

 Lokasi : SK Jeram Landak

 Peserta : 27 orang

 

Tujuan :

Bertujuan memberi kesedaran tentang sejarah dan perjuangan kemerdekaan Malaysia. Meningkatkan rasa cinta dan bangga terhadap negara dalam kalangan peserta. Memberi peluang kepada peserta menunjukkan bakat nyanyian melalui pertandingan ini. Membantu meningkatkan keyakinan diri apabila di hadapan umum.

 

Aktiviti :

Peserta membuat daftar bagi pertandingan nyanyian patriotik merdeka. Peserta diberi penerangan dari segi syarat pertandingan dan pemarkahan sebelum pertandingan dimulakan. Pertandingan nyanyian patriotik merdeka ini adalah secara berkumpulan. Peserta hanya dibenarkan menyanyikan lagu patriotik merdeka sahaja.

 

GAMBAR DISINI 

 

 Tarikh : 18 Ogos 2024

 Masa : 2.30 pm - 3.30 pm

 Lokasi : NADI Taman Kerambit Jaya

 Peserta : 5 orang

Tujuan :

Memberikan pendedahan menggunakan tablet untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang interaktif dan menarik. Penggunaan elemen multimedia dan gamifikasi membuat pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan. Video, animasi, dan permainan pendidikan boleh membantu menjelaskan konsep - konsep yang kompleks dengan cara yang lebih mudah difahami. Pendedahan ini dapat meningkatkan motivasi pelajar dengan memberikan cabaran dan ganjaran.

 

Aktiviti :

Peserta diberi pendedahan menggunakan tablet dengan kaedah yang betul dan selamat. Peserta dibimbing supaya dapat melayari internet dengan baik. Peserta menggunakan animasi interaktif pada tablet untuk menjelaskan proses atau konsep. Peserta menggunakan aplikasi kuiz pada tablet untuk menguji pemahaman yang pernah dipelajari.

 

GAMBAR DISINI

 Tarikh : 28 Ogos 2024

 Masa : 3.30 pm - 4.30 pm

 Lokasi : NADI Taman Kerambit Jaya

 Peserta : 4 orang

 

Tujuan :

Meningkatkan kesedaran dan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar masa kini. Penambahan Klik Dengan Bijak dapat mendidik pelajar mengenai penggunaan internet yang selamat dan bertanggungjawab. Pendedahan literasi digital puzzle online membantu pelajar mengembangkan kemahiran literasi digital dalam diri. Dengan elemen Klik Dengan Bijak, pelajar berpeluang membantu mengasah kebolehan menggunakan pelbagai peranti digital, menyelesaikan masalah dalam talian dan menggunakan sumber teknologi dengan bijak.

 

Aktiviti :

Peserta diberi penerangan mengenai Klik Dengan Bijak dalam penggunaan internet masa kini. Peserta diperkenalkan dengan puzzle online di laman web jigsawplanet.com . Peserta menyertai puzzle merdeka dalam talian dengan baik. Peserta menyelesaikan puzzle merdeka gambar bendera jalur gemilang. Aktiviti ini membentuk generasi yang lebih patriotik, celik sejarah dan pada masa kesedaran tentang keselamatan diri dalam dunia digital.

 

GAMBAR DISINI

 Tarikh : 20 Julai 2024

 Masa : 9.30 am - 10 .00 am

 Lokasi : NADI Taman Kerambit Jaya

 Peserta : 10 orang

 

Tujuan :

Memberi pendedahan "Klik dengan bijak" supaya pengguna lebih berwaspada akan risiko dan ancaman dalam talian seperti penipuan, malware dan pencurian identiti. Mendidik pengguna dengan amalan terbaik dalam keselamatan siber seperti menggunakan kata laluan yang kuat dan tidak berkongsi maklumat peribadi secara sembarangan. Mempromosikan tingkah laku yang bertanggungjawab dan beretika dalam penggunaan internet.

 

Aktiviti :

Peserta diberi penerangan tentang "Klik dengan bijak". Peserta dikongsikan dengan simulasi dan latihan praktikal tentang cara mengenali dan menghindari ancaman siber. Peserta juga menonton video amalan terbaik dalam keselamatan siber.

 

GAMBAR DISINI