Tarikh : 18 Ogos 2024 Masa : 2.30 pm - 3.30 pm Lokasi : NADI Taman Kerambit Jaya Peserta : 5 orang |
Tujuan :
Memberikan pendedahan menggunakan tablet untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang interaktif dan menarik. Penggunaan elemen multimedia dan gamifikasi membuat pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan. Video, animasi, dan permainan pendidikan boleh membantu menjelaskan konsep - konsep yang kompleks dengan cara yang lebih mudah difahami. Pendedahan ini dapat meningkatkan motivasi pelajar dengan memberikan cabaran dan ganjaran.
Aktiviti :
Peserta diberi pendedahan menggunakan tablet dengan kaedah yang betul dan selamat. Peserta dibimbing supaya dapat melayari internet dengan baik. Peserta menggunakan animasi interaktif pada tablet untuk menjelaskan proses atau konsep. Peserta menggunakan aplikasi kuiz pada tablet untuk menguji pemahaman yang pernah dipelajari.