Tarikh : 9 Julai 2024 Masa : 2.30 pm - 4.30 pm Lokasi : NADI Taman Kerambit Jaya Peserta : 1 orang |
Tujuan :
Menyediakan peserta dengan panduan praktikal penggunaan Google Meet dalam mesyuarat. Melatih peserta dalam kemahiran komunikasi yang efektif semasa mesyuarat dalam talian. Serta membangunkan kemahiran adaptabiliti dalam mengatasi masalah teknikal semasa mesyuarat. Akhir membimbing peserta membuat pembentangan bulanan menggunakan Google Slide. Melalui latihan ini, peserta lebih yakin dan kompeten dalam mengendalikan mesyuarat dan membuat pembentangan bulanan yang menarik dan profesional.
Aktiviti :
Peserta diberi pendedahan dengan cara mengakses Google Meet dan menyertai mesyuarat dalam talian. Menambahkan pengetahuan dari segi kemahiran komunikasi, kerjasama dan adaptabiliti sekiranya terdapat isu teknikal semasa mesyuarat. Bimbingan membuat pembentangan bulanan menggunakan Google Slides.