Tarikh : 28 Julai 2024

 Masa : 9.00 am - 12.30 pm

 Lokasi : NADI Taman Kerambit Jaya

 Peserta : 14 orang

 

Tujuan :

Memberikan pendedahan kepada peserta kemahiran berfikir kiritis dan meningkatkan kreativiti dan inovasi. Mengembangkan kemahiran teknologi serta melibatkan diri dalam kerja berpasukan. Secara tak langsung mengembangkan kemahiran komunikasi dan kolaborasi.

 

Aktiviti :

Peserta diperkenalkan dengan konsep asas robotik dan litar elektrik. Peserta diberikan berus gigi, motor kecil dan bateri untuk membina robot kecil yang boleh bergerak. Peserta menghias robot dan mencuba untuk meningkatkan kestabilan dan pergerakan robot.

 

GAMBAR DISINI

 Tarikh : 13,21 Julai 2024

 Masa : 9.00 am - 12.30 pm

 Lokasi : NADI Taman Kerambit Jaya

 Peserta : 14 orang

 

Tujuan :

Membantu peserta memahami konsep matematik dengan lebih mendalam melalui visualisasi dan interaktiviti. Mendedahkan peserta dengan kaedah pembelajaran yang lebih fleksibel dan meningkatkan keupayaan pembelajaran kendiri.

 

Aktiviti :

Peserta diberikan penerangan konsep matematik dengan animasi dan contoh - contoh praktikal. Peserta diberikan latihan yang boleh diselesaikan mengikut keupayaan sendiri dengan maklum balas segera. Peserta turut diuji dengan kuiz dalam talian mengikut pemahaman yang diperolehi.

 

GAMBAR DISINI

 Tarikh : 27 jun 2024

 Masa : 02.00 pm - 04.00 pm

 Lokasi : NADI Taman Kerambit Jaya

 Peserta : 1 orang

 

Tujuan : 

Memberi pendedahan kepada peserta mempelajari cara menyusun resume yang boleh menonjolkan kebolehan, pengalaman dan pendidikan. Ini termasuklah teknik penulisan ringkas, pemilihan kata kunci dan format yang professional. Memberikan panduan kepada peserta mengenai kaedah menghadapi temuduga secara maya, termasuk penggunaan platform video, penampilan dan komunikasi yang efektif melalui skrin.

 

Aktiviti :

Peserta diberi pendedahan yang merangkumi lima perkara seperti latihan temuduga, diskusi kelompok, penulisan resume, simulasi temuduga maya dan analisis soalan temuduga.

 

GAMBAR DISINI

 Tarikh : 9 Julai 2024

 Masa : 2.30 pm - 4.30 pm

 Lokasi : NADI Taman Kerambit Jaya

 Peserta : 1 orang

Tujuan :

Menyediakan peserta dengan panduan praktikal penggunaan Google Meet dalam mesyuarat. Melatih peserta dalam kemahiran komunikasi yang efektif semasa mesyuarat dalam talian. Serta membangunkan kemahiran adaptabiliti dalam mengatasi masalah teknikal semasa mesyuarat. Akhir membimbing peserta membuat pembentangan bulanan menggunakan Google Slide. Melalui latihan ini, peserta lebih yakin dan kompeten dalam mengendalikan mesyuarat dan membuat pembentangan bulanan yang menarik dan profesional.

 

Aktiviti :

Peserta diberi pendedahan dengan cara mengakses Google Meet dan menyertai mesyuarat dalam talian. Menambahkan pengetahuan dari segi kemahiran komunikasi, kerjasama dan adaptabiliti sekiranya terdapat isu teknikal semasa mesyuarat. Bimbingan membuat pembentangan bulanan menggunakan Google Slides.

 

GAMBAR DISINI

 Tarikh : 6 jun 2024

 Masa : 2.30 pm - 3.30 pm

 Lokasi : NADI Taman Kerambit Jaya

 Peserta : 2 orang

 

Tujuan :

Memperkenalkan sistem pendaftaran online iaitu sistem pengurusan identiti (IDME) kepada peserta. Memberi pendedahan penggunaan komputer dan internet dengan baik.

 

Aktiviti :

Petugas akan membimbing ibu bapa untuk menggunakan sistem pengurusan identiti (IDME) dengan baik untuk mengisi maklumat anak. Petugas menerangkan fungsi-fungsi yang terdapat dalam sistem pendaftaran tahun 1 kepada peserta.

 

GAMBAR DISINI