Tarikh : 20 september 2024 Masa : 2.30 pm - 5.30 pm Lokasi : NADI Taman Kerambit Jaya Peserta : 9 orang |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta dalam menghasilkan pembentangan yang jelas dan menarik untuk menyampaikan idea dan maklumat. Mengembangkan kemahiran kreatif dengan menggabungkan teks, grafik dan multimedia. Reka bentuk poster menggunakan powerpoint dapat mempercepatkan proses dengan fleksibiliti memasukkan gambar, teks, grafik dan video. Membolehkan pembelajaran kemahiran reka bentuk grafik yang asas tetapi penting
Aktiviti :
Peserta diberi penerangan asas penggunaan Ms Powerpoint. Penerangan merangkumi elemen dan cara menggunakan Ms Powerpoint. Peserta diberi contoh poster sesuai tajuk diberi. Peserta melakukan latihan secara praktikal. Peserta diberikan teknik-teknik rekaan seperti penggunaan warna, teks, imej dan penggunaan templat.