Tarikh : 20 Julai 2024 Masa : 9.30 am - 10 .00 am Lokasi : NADI Taman Kerambit Jaya Peserta : 10 orang |
Tujuan :
Memberi pendedahan "Klik dengan bijak" supaya pengguna lebih berwaspada akan risiko dan ancaman dalam talian seperti penipuan, malware dan pencurian identiti. Mendidik pengguna dengan amalan terbaik dalam keselamatan siber seperti menggunakan kata laluan yang kuat dan tidak berkongsi maklumat peribadi secara sembarangan. Mempromosikan tingkah laku yang bertanggungjawab dan beretika dalam penggunaan internet.
Aktiviti :
Peserta diberi penerangan tentang "Klik dengan bijak". Peserta dikongsikan dengan simulasi dan latihan praktikal tentang cara mengenali dan menghindari ancaman siber. Peserta juga menonton video amalan terbaik dalam keselamatan siber.