Tarikh : 2 & 3,9 & 10,16 & 17 Disember 2017 Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Taman Kerambit Jaya Peserta : 25 orang |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada penggunaan internet dan penggunaan komputer.Memberi pendedehan kepada dunia keusahawanan
Aktiviti
Semua pelajar diajar asas penggunaan komputer lebih terperinci dan membuat latihan yang berkaitan asas komputer.Penggunaan microsoft office juga diajar secara individu supaya pelajar mudah fahami.Tayangan gambar dan video juga dikongsi kepada pelajar supaya dapat menarik minat dalam subjek yang dipelajari.
Tarikh : 4 & 5 ,11 & 12 November 2017 Masa : 9.00 pagi - 5.00 Petang Lokasi :Pusat Internet 1Malaysia Taman Kerambit Jaya Peserta : 25 Orang
|
Tujuan
Memberi pendedahan Jenayah siber dan perkongsian ilmu dalam perniagaan supaya lebih berjaya.
Aktiviti
Semua peserta yang terlibat diberi taklimat yang berkaitan dengan keusahawanan supaya mereka lebih berkeyakinan untuk mulakan perniagaan.
Pendedahan berkaitan jenayah siber diberikan penerangan lebih jelas supaya dapat mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku dalam menjalani kehidupan seharian.
Tarikh : 30 September 2017 Masa : 8.00 pagi - 2.00 petang Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Taman Kerambit Jaya Peserta : 50 orang |
Tujuan
Menjelaskan Fungsi dan kelebihan Aplikasi dashboard kepada masyarakat.Selain itu memberi perkongsian rahsia kejayaan usahawanan melalui internet.komuniti juga dijelaskan cara penggunaan komputer yang betul.
Aktiviti
Komuniti Diterangkan cara menggunakan aplikasi dashboard dengan betul.Langkah-langkah muat turun perisian di telefon pintar juga dijelaskan dengan lebih terperinci.Di samping penerangan berkaitan diberikan,komuniti juga didedahkan beberapa pertandingan yang telah dianjurkan oleh Pusat Internet 1Malaysia yang hanya perlu menjawab soalan yang disediakan di dalam aplikasi dashboard tersebut.
Tarikh : 7 & 8,14 & 15,21 & 22,28 & 29 Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang Lokasi : PI1M Taman Kerambit Jaya Peserta : 25 orang |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada penggunaan internet dan penggunaan komputer.Memberi pendedahan kepada dunia keusahawanan.
Aktiviti
Komuniti diberikan taklimat Klik Dengan Bijak menggunakan slide show power point.Di samping taklimat diberikan,cara slide show dihasilkan turut diajar dan dijelaskan dengan lebih terperinci.Perkongsian rahsian kejayaan juga diberikan supaya kemahiran dan kesungguhan dapat dikekalkan serta ditingkatkan.Kelas asas komputer seperti microsoft office word juga diberikan latihan untuk meningkatkan tahap kecekapan mengunakannya.
Tarikh : 5&6,12&13,19&20 & 26 Ogos 2017 (Sabtu dan ahad) Masa : 9.00am - 12.00pm Lokasi : Pi1m Taman Kerambit jaya, Kuala Lipis Peserta : 10 Orang |
Tujuan
Memberi Latihan kepada pelajar supaya lebih mahir menggunakan microsoft office word.Kelas ini diadakan setiap minggu yang dihadiri oleh pelajar sekolah dan lepasan sekolah.Selain itu,ianya juga dapat menggalakkan pelajar menggunakan perisian tersebut dalam melaksanakan kerja kursus dan sekolah.
Aktiviti
Para pelajar disediakan modul microsoft office word dan Klik dengan bijak.Pelajar juga diterangkan dengan terperinci cara menghasilkan kerja yang baik dengan menggunakan microsoft office word.Beberapa latihan juga diberikan supaya pelajar lebih cepat memahirkan diri menggunakan perisian tersebut.Pada minggu yang berikutnya,pelajar didedahkan tentang bahaya jenayah siber.