PENDIDIKAN

Sekolah Menengah Kebangsaan Kerambit (SMK Kerambit)

Pengenalan

Sekolah Menengah Kebangsaan Kerambit terletak dalam kawasan Kampung Tanjung Buluh dan berhampiran dengan Taman Kerambit Jaya. Kebanyakan pelajar dari Kampung Tanjung Buluh belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerambit kerana sekolah ini satu- satunya sekolah menengah yang berada dalam kawasan Kampung Tanjung Buluh.

Profil SMK Kerambit

SMK Kerambit telah beroperasi sepenuhnya pada tanggal 2 Januari 2001. Ianya telah dibina di kawasan Padang Endut dengan keluasan 27 ekar. Penubuhan sekolah ini bermula daripada pembentukan jawatankuasa untuk memohon sekolah menengah bagi kemudahan penduduk di Mukim Cheka I dan Mukim Cheka II.

Jarak antara sekolah dengan bandar utama Kuala lipis ialah 28km dan 37km dari Jerantut. Sekolah ini diletakkan dibawah penyeliaan Pejabat Pendidikan Daerah Lipis. Sekolah ini juga menempatkan Blok A (14buah bilik darjah), Blok B (bangunan pentadbiran), Blok C, Blok D, Blok E dan Blok F.

Diawal pembukaan sekolah ini pada tahun 2001 terdapat lima kelas untuk pelajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 2. Pada tahun berikutnya iaitu 2002 bilangan kelas keseluruhannya telah bertambah menjadikan 6 buah kelas dengan pembukaan tingkatan 3. Bilangan kelas keseluruhannya pada 2003 bertambah menjadi 8 buah kelas dengan pembukaan tingkatan 4. Bilangan kelas pada tahun 2004 pula sebanyak 10 buah kelas. Pada tahun 2005 bilangan kelas menjadi 11 buah kelas dan pada tahun 2006 jumlah kelas di sekolah ini menjadi 12 buah kelas dengan pertambahan satu lagi kelas tingkatan 4. Sehingga 2010, bilangan kelas bertambah menjadi 12 buah kelas dengan guru seramai 32 orang dan pelajar seramai 316 orang.

Asrama SMK Kerambit pula boleh menampung 100 orang pelajar lelaki dan 100 orang pelajar perempuan yang telah mula dibuka pada tahun 2004. Ia dilengkapi dengan sebuah dewan makan, surau dan beberapa kemudahan pembelajaran yang lain. Pada tahun 2006 beberapa penambahbaikan telah dilakukan iaitu sudut infrastruktur seperti surau, alatan sukan dan permainan disamping penambahbaikan dari sudut pengurusan modal insan. Bagi melaksanakan hasrat tersebut empat orang guru telah dilantik sebagai warden asrama dan dibantu oleh seorang penyelia asrama. Dari segi penyelenggaraan kebersihan pula dua orang pembantu am rendah swasta bertanggungjawab menyelenggarakan kebersihan asrama dengan bantuan dua orang tukang kebun sekolah. Adalah menjadi harapan semua infrastruktur bertaraf kelas pertama ini akan membentuk minda kelas pertama bagi warga SMK Kerambit.

Menjelang tahun 2010 sekolah ini telah mempunyai 320 orang pelajar, 31 orang guru dan 10 orang staff sokongan dan mempunyai 12 kelas.

Maklumat Tenaga Pelajar SMK Kerambit 2013

 

Maklumat Staff Sokongan Dan Pekerja Swasta SMK Kerambit 2013

PEKERJA SWASTA

Alamat

Sekolah Menengah Kebangsaan Kerambit,

27200 Kuala Lipis,

Pahang.

Telefon: 09 3129767

Gambar SMK Kerambit

*Sumber dari Internet (http://smkkerambit2013.blogspot.com/)