Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat satu kes disebabkan oleh wabak rabies dalam kalangan manusia yang dilaporkan di Sarawak.
Kes terbaharu itu membabitkan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun.
Kes mengalami
✔️ demam selama tiga hari,
✔️lemah pada bahagian anggota bawah badan
✔️ menunjukkan tingkah laku agresif.
✔️ hidrofobia (takut kepada air)
Kes ini meninggal dunia pada 11 November pada jam 3.45 petang dengan diagnosa rabies encephalitis.
.
Kes hanya mempunyai kesan cakaran yang sudah sembuh di kaki kanan tetapi ahli keluarganya tidak dapat memberi perincian mengenainya.
Beliau ada memelihara empat ekor kucing dan seekor anjing. Kesemua haiwan peliharaan beliau tidak pernah mendapat vaksinasi namun sehingga kini, haiwan peliharaan ini dalam keadaan sihat dan tiada perubahan tingkah laku
*Sumber ; Facebook Public Health Malaysia