Anda masuk ke permis membeli belah. Sekuriti mengambil suhu anda. 34C. Tapi anda rasa sihat dan normal. Anda tidak rasa kesejukan. Anda masih waras dan tidak mabuk dan nak pitam. Bacaan suhu sebenarnya adalah tidak betul.
Suhu normal adalah sekitar 36.1-37.4C. Sekiranya rendah dan anda rasa anda tidak ada gejala hypothermia, bacaan mungkin tidak betul.
Banyak faktor yang menyebabkan bacaan tidak tepat. Salah satunya adalah termometer cap ayam, tidak didaftarkan oleh KKM, atau penggunaan termometer yang salah.
Pastikan anda semak termometer yang digunakan di laman web KKM - Medical Device Authority (MDA) di laman web
Laporkan pada KKM jika termometer yang digunakan adalah termometer yang salah. Penggunaan peralatan perubatan yang tidak berdaftar adalah berisiko kerana tidak tepat dan boleh menyebabkan pencegahan COVID-19 tidak efektif.
Malah penggunaan alat perubatan yang tidak didaftarkan Oleh KKM boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Sumber ; Facebook Public Health Malaysia