Sehingga 12 Oktober 2019, sejumlah 104,746 kes telah dilaporkan iaitu 80.1 peratus kenaikan berbanding tempoh yang sama pada tahun 2018 (58,155 kes). Manakala jumlah kematian juga telah meningkat kepada 152 kes berbanding 100 kematian pada tempoh yang sama tahun lepas.

Tindakan pencegahan oleh masyarakat dalam menghapuskan tempat pembiakan Aedes boleh mencegah jangkitan Zika, Denggi dan Chikungunya.

*“Tiada Aedes, Tiada Zika, Denggi dan Chikungunya”*

*Sumber FB KKM