Kejayaan En. Mahason bin Mat Zin: Inspirasi Bagi Semua dalam Dunia IT

 Nama : Mahason bin Mat zin

 Umur : 44 tahun

 Ahli : 2024

Latar Belakang

En. Mahason, berusia 44 tahun, tinggal di Kg. Putu, Kerambit, Kuala Lipis. Walaupon menghadapi cabaran penglihatan , beliau memilih untuk terus belajar dan mengusai teknologi maklumat. En Mahason mengambil inisiatif untuk mengikuti kelas ICT yang ditawarkan. Dalam kelas ini beliau mempelajari pelbagai aspek teknologi termasuk penggunaan perisian, rangkaian dan keselamatan siber. Beliu memastikan dirinya sentiasa mengikuti perkembangan terkini dalam dunia IT agar dapat memberikan sumbangan yang bernilai kepada organisasinya. Setiap bulan, En Mahason menyelesaikan tugas yang berkaitan dengan teknologi untuk dibentangkan kepada pihak atasan. Tugas ini mungkin melibatkan analisis data, penyediaan laporan, atau penyelesaian masalah teknikal. Kecekapan beliau dalam menyiapkan tugas ini telah memperoleh pengiktirafan dan kepercayaan dari pihak atasan.

 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan NADI

Sebelum menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), En. Mahason menghadapi beberapa cabaran. Beliau tidak tahu bagaimana menggunakan platform seperti Google Meet dan merasakan kesukaran dalam mengendalikan perisian IT. 

 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan NADI 

Kini beliau telah mengetahui penggunaan Google Meet mampu memudahkan persembahan dan interaksi dengan audiens dari jarak jauh. Beliau juga dapat menghasilkan slaid powerpoint yang lebih teratur dan menarik.

 

GAMBAR DISINI