USAHAWAN KECIL KUIH TIRAM

NAMA : Puan Nor Azila Binti Azaha

UMUR : 34 Tahun

AHLI : 2018

Latar Belakang

Puan Azila merupakan usahawan dalam Kuih Tiram.Beliau bermula dengan kelas Klik Dengan Bijak (KDB) sehinggalah cara membuat page Facebook.Beliau sering datang ke PI pada hunjung minggu untuk mendapat pendedahan tentang perniagaan online dan juga membuat kerja berkaitan dengan urusan perniagaanya.Pada peringkat permulaaan,beliau mempelajari membuat pelekat produknya.Dari situ,beliau mula kembangkan pasaran produknya dengan menghantar di kedai dan pasaraya serta menjual di atas talian seperti shopee.Berpegang pada prinsip kerajinan membawa kepada kejayaan ,beliau gigih berusaha untuk memajukan diri dalam bidang perniagaan online ini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum mempromosikan perkhidmatan beliau dalam medium internet,beliau hanya dapat mendapat tempahan dari kenalan yang berdekatan dengan kawasan kampung dan jiran-jiran sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Kini beliau mendapat tempahan luar dari kawasan kampung dan dapat menjual hingga ke bandar Lipis seperti kedai-kedai dan pasaraya PDM serta stesen minyak.Ini kerana banyak permintaan selepas dipromosikan ke dalam laman sosial.

Gambar Disini