USAHAWAN KECIL MEE KUNING

NAMA : Puan Hasnah Binti Fauzi

UMUR : 37 Tahun

AHLI : 2014

Latar Belakang

Puan Hasnah merupakan usahawan dalam Mee kuning.Beliau bermula dengan kelas Klik Dengan Bijak (KDB) sehinggalah cara membuat page Facebook.Beliau sering datang ke PI pada hunjung minggu untuk mendapat pendedahan tentang perniagaan online.Pada peringkat permulaaan,beliau mempelajari cara untuk membuat kad nama perniagaan.Dari situ,mudah kenalannya untuk menghubungi beliau untuk membuat tempahan.Berpegang pada prinsip kerajinan membawa kepada kejayaan ,beliau gigih berusaha untuk memajukan diri dalam bidang perniagaan online ini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum mempromosikan perkhidmatan beliau dalam medium internet,beliau hanya dapat mendapat tempahan dari kenalan yang berdekatan dengan kawasan kampung dan jiran-jiran sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Kini beliau mendapat tempahan luar dari kawasan kampung dan dapat menjual hingga ke bandar Lipis seperti kedai-kedai.Ini kerana banyak permintaan selepas dipromosikan ke dalam laman sosial.