USAHAWAN PERFUME COPY ORI

Nama : Puan Sharifah Binti Mat sam

Umur : 40 tahun

Ahli    : 2015

 

Latar Belakang

Bermula dengan kelas Klik Dengan Bijak (KDB) sehinggalah cara membuat blog.Beliau datang ke PI pada hujung minggu untuk mendapat pendedahan tentang perniagaan online.Pada peringkat permulaan,beliau mempelajari cara untuk membuat "business card".Dari situ,mudah untuk kenalan di kawasan kampung untuk menghubungi beliau untuk membuat tempahan.Berpegang pada prinsip kerajinan membawa kepada kejayaan,beliau gigih berusaha untuk memajukan diri dalam bidang perniagaan online ini.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PUSAT INTERNET

Sebelum menggunakan ICT,Puan Sharifah hanya mendapat tempahan dari kenalan yang berdekatan dengan kawasan kampung dan dari jiran-jiran.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PUSAT INTERNET

Kini beliau mendapat tempahan luar dari kawasan kampung dan dapat menjual hingga ke Bandar Lipis dan ke pasaraya.Ini kerana banyak permintaan selepas dipromosikan ke dalam laman sosial.