USAHAWAN KECIL IKAN PEKASAM KERAMBIT

 NAMA : Puan Khalijah Binti Haron

 UMUR : 39 Tahun

  AHLI : 2015

 

Latar Belakang

Bermula dengan kelas Klik Dengan Bijak (KDB) sehinggalah cara membuat blog.Beliau sering datang ke PEDi pada hujung minggu untuk mendapat pendedahan tentang perniagaan online.Pada peringkat permulaan,beliau mempelajari cara untuk membuat "bussiness card".Dari situ,mudah untuk kenalan di kawasan kampung untuk menghubungi beliau untuk membuat tempahan.Berpegang pada prinsip kerajinan membawa kepada kejayaan,beliau gigih berusaha untuk memajukan diri dalam bidang perniagaan online ini.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Sebelum menggunakan ICT,Puan khalijah hanya mendapat tempahan dari kenalan yang berdekatan dengan kawasan kampung dan dari jiran-jiran yang berdekatan sahaja.

Selepas penguunaan ICT / Penglibatan PEDi

Kini beliau mendapat tempahan luar dari kawasan kampung dan dapat menjual hingga ke Bandar Lipis dan pasaraya.Ini kerana banyak permintaan selepas dipromosikan ke dalam laman sosial.

 

*Puan Khalijah (kiri belakang) ketika menghadiri kelas di Pusat Internet Taman Kerambit Jaya