Baiklah.. hari ini kita akan belajar untuk melakukan pemeriksaan kendiri testis. Testis ialah kelenjar kelamin lelaki pada manusia. Setiap lelaki mempunyai dua testis yang dibungkus dengan skrotum.
Pemeriksaan testis boleh dilakukan semasa atau selepas mandi. Lebih relaks dan tenang ketika itu.
Jangan gopoh, lakukan pemeriksaan testis 1 demi 1. Persoalan penting yang utama adalah berapakah bilangan testis yang anda ada?
Jika hanya ada sebelah, mungkin anda alami masalah testis yang tidak turun (undecendent testis) dan bersembunyi dalam abdomen anda. Ia bahaya kerana boleh bertukar menjadi kanser.
Kemudian, cuba batuk... uhuk.. uhukkk. Ada sebarang bengkak yang muncul? Ia mungkin hernia atau angin pasang.
Dengan lemah lembut, periksa testis dengan cermat. Kenalpasti jika ada sebarang ketulan keras, ketulan bulat atau berlaku sebarang perubahan saiz secara tiba tiba.
Dapatkan pemeriksaan lanjut jika anda menemui sebarang penemuan yang luar biasa